Menurut McKinsey, Pembangunan bakat dapat dicapai melalui strategi yang berkesan dan efisyen. Seorang pemimpin bertanggungjawab dalam membangunkan bakat dalam kalangan subordinatnya. Terdapat kajian yang dibuat, menunjukkan pemimpin yang terlalu dominan, gagal membina dan membangunkan bakat subordinatnya. Sehubungan itu, menurut Cori Hill, apabila membicarakan mengenai kelemahan dalam pembangunan bakat adalah seperti berikut iaitu;
a) Masa
b) Fokus kepada kemahiran sedia ada
c) Lemah dalam membangunkan budaya dalam organisasi
Selain itu, Cori Hill juga menambah mengenai cadangan terhadap seorang pemimpin yang berkesan perlulah memiliki 5 kunci pembangunan bakat iaitu;
a) Bertindak sebagai role-model
b) Menambahbaik nilai pembelajaran
c) Membina sokongan pembangunan yang membantu kelestarian berterusan
d) Menambahbaik nilai perkongsian
e) Leverage masalah mengikut keperluan dan potensi peluang luar bersifat global.
Disediakan oleh: MBA